huhu....aritu try buat ice cream sendiri.....jadik tu jadik, tp cepat cair....maybe sebab guna mixer biasa jek kot....dia nk comey, kena guna ice cream machine tu kan....hehehe :-p xpela....ni buat utk mkn2 sendiri je kan....tp, ms buat nih, penimbang emy ala2 mengong sket....so sukatan dia mcm ada yg telebih pulak...rs ice cream ni manis sgt jadiknye....tp bila emy ltk strawberry, manis tu jadik kurang....nasib baik ada strawberry...hehe :-D anyway, kalau nk kurangkan sukatan gula tu pun bleh kot....so, ni la resepi yg emy amik kt blog chetam......to chetam....tengkiu ek.....hehe :-D
Chocolate Ice Cream
Bahan2:
4 oz gula
10 oz tepung susu (carnation creamer)
2 kotak susu chocolate (150ml x 2)
2 sudu besar chocolate emulco
2 sudu besar cocoa
Method:
1. Tepung susu, gula dan susu kotak dikacau hingga rata
2. Setelah rata masukkan chocolate emulco & cocoa
3. Masukkan adunan dalam satu bekas lalu disejukkan dalam peti sejuk sehingga keras (satu hari atau satu malam)
4. Setelah cukup kerasnya, pukul adunan itu dengan mesin pemukul telur hingga kembang (kira-kira 5 minit). Setelah itu masukkan semula dalam peti sejuk hingga keras.
Vanilla Ice Cream
Bahan2:
2 auns gula kaster
5 auns susu tepung (saya hentam je guna susu tepung biasa)
150 ml susu UHT penuh krim
3/4 sudu teh esen vanilla
Method:
Kacau gula, susu tepung & susu UHT hingga rata & gulanya hancurmasukkan ke dalam satu bekas & biarkan semalaman di dalam bahagian dingin beku (freezer) peti ais sehingga keras. Bila dah cukup keras, keluarkan dan pukul guna mixer (pakai pemukul macam enjut telur @ whisk) pada kelajuan tinggi sehingga kembang sekali ganda. (rupa dia akan jadi macamkan adunan apam ataupun whip cream yang dah dipukul hingga kental). Masukkan semula ke dalam freezer hingga keras (semalaman lagi)
No comments:
Post a Comment